Kata Mutiara Pesan Nabi Muhammad Terakhir kali - Untuk menyempurnakan Sejarah Kisah Nabi Muhammad SAW pada kesempatan ini ingin kami berikan kata kata mutiara dan merupakan pesan terakhir Nabi kepada seluruh umat manusia. Maka barang siapa menjalankan mematuhi dan mengamalkan pesan terakhir nabi ini maka insya Allah kita akan selamat di dunia dan juga di Akhirat. Amin...
Ini adalah pesan terakhir Rasulullah SAW saat khutbah terakhir Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu adalah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh sebab itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suatu hal yang suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti siapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahwa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Waspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka karena sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahwa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu keluar dari landasan kebenaran selepas kepergianku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang setelah aku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, pikirkanlah dengan benar dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. yaitu Al-Qur'an dan Al Hadist(sunnahku).
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahwasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sahabat dumay, semoga apa yang telah disampaikan Nabi Muhammad diatas adalah menjadi suatu peringatan untuk kita semua dan menjadikan penerang dalam kegelapan dunia, menjadi pencerah pada jiwa jiwa yang kosong. Pesan beliau adalah pesan kebaikan maka jalankanlah maka kita semua akan selamat dan hidup di dunia jauh dari permusuhan.
izin copas
ReplyDeletewah keren kisahnya
ReplyDelete